Tuesday, April 17, 2012

DAPATKAN JUS DELIMA GRANADA HARI INI

TAHUKAH ANDA ! BUAH DELIMA MEMPUNYAI KANDUNGAN KHASIAT YANG BEGITU TINGGI UNTUK DIJADIKAN MAKANAN DAN MINUMAN HARIAN KITA.



Semua orang pernah melihat buah delima. Ia buah yang Unik , cantik dan harum. Berasal dari Parsi ( kini dikenali sebagai Iran) dan di Utara India sekitar banjaran Himalaya.  Di Thailand , delima di anggap sebagaibua yang suci dan keramat. Ramai orang membawa buah ini untuk dipersembahkan kepada Kuan Yin ( Dewi Masyarakat Cina). Lebih 8000 tahun dahulu , buah ini telah digunakan sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Masyarakat Parsi percaya bahawa semua khasiat yang terdapat dalam buah-buhan lain ada terdapat dalam buah delima ini . Ia ditanam secara meluas dan masyarakat cina kuno mempercayai mitos buah Delima sebagai wakil buah dari syurga aaupun hadiah dari tuhan yang terdapat dalam kitab perubatan purba. Terdapat banyak khasiat dan vitamin terkandung di dalam buah Delima antaranya Magnesium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah. Terdapat dalam Al-Quran , Hadis , dan Kitab Purba Parsi ( yang dikatakan menjadi sumber rujukan Perubatan Barat) menyatakan kebaikan dan khasiat buah delima ini.

Antara khasiat :
  • Mengekalkan keadaan  JANTUNG dan HATI yang sihat
  • Membersih hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit Diabetis
  • Berupaya mengurangkan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Melancarkan peredaran darah
    Khasiat Buah delima untuk kesihatan
    “    Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
    “    Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
    “    Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
    “    Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
    - Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
    - buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
    “    Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
    “    Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
    Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
    “    sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
    “    Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
    “    Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
    Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
    “    Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
    “    Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
    “    Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.